Arwah ibu wariskan lebih RM200 ribu untuk anak-anak

SSPN Plus

“Nilai manfaat ini sememangnya tidak dapat menggantikan kehilangan seorang anak. Namun, simpanan di dalam akaun Simpan SSPN Plus dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berserta nilai manfaat yang diterima ini setidaknya dapat menampung kos pendidikan anak-anak yang ditinggalkan arwah”, kata ibu kepada arwah Nik Amirah Nik Ab Rahman yang telah meninggal dunia secara mengejut Ogos lepas akibat kemalangan jalan raya.

Arwah Nik Amirah merupakan pendeposit akaun Simpan SSPN Plus yang telah membuka akaun untuk anak-anak beliau pada November 2020. Setiap akaun tersebut menyediakan manfaat Takaful, termasuk khairat kematian dan manfaat berganda untuk kematian akibat kemalangan.

Penyerahan bayaran manfaat berjumlah RM202,500 telah disempurnakan oleh Pengarah Negeri PTPTN Kelantan, Mohd Azrul Akmal bin Mamat. Hadir sama, Pengurus Wilayah Pantai Timur Hong Leong MSIG Takaful, Mohd Zulkiflee bin Mamat.

Hong Leong MSIG Takaful Berhad adalah salah sebuah syarikat pengendali Takaful yang dipilih untuk menyediakan manfaat Takaful kepada pendeposit akaun SSPN Plus. Jumlah manfaat yang disediakan adalah mengikut pakej akaun yang disertai.

Sumber: FB Hong Leong MSIG Takaful, 27 Oktober 2023

 

 

SSPN Plus
Buka Akaun