Cabutan WOW! Y.E.S SSPN 2023

Cabutan WOW! Y.E.S Simpan SSPN 2023 adalah Cabutan Siri yang kelima untuk tahun 2023. Ia dianjurkan sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit kerana memilih akaun SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan. Promosi ini menawarkan wang tunai berjumlah hampir RM50,000 untuk dimenangi.

 

SSPN Plus
Infografik: Hadiah Cabutan WOW! Y.E.S SSPN 2023

Hadiah Cabutan

  • Hadiah Tunai x 23 pemenang
    Wang tunai bernilai RM2,023

 

Tempoh Promosi

  • 1 November 2023 - 31 Disember 2023

 

Tempoh Pengekalan

  • Tiada

 

 

Cabutan WOW! Y.E.S SSPN 2023:

  • Terbuka kepada pendeposit akaun SSPN Prime dan SSPN Plus, sedia ada dan baharu.
  • Pendeposit perlu membuka akaun SSPN Prime atau membuat tambahan deposit akaun SSPN Prime atau membuka akaun SSPN Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan akaun SSPN Plus.
  • Bilangan peluang cabutan adalah berdasarkan kepada jumlah simpanan bersih yang dibuat di dalam Tempoh Promosi.
  • Untuk akaun SSPN Prime, simpanan bersih merujuk kepada jumlah deposit tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM100 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN mendapat lima (5) peluang cabutan manakala setiap RM100 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Untuk akaun SSPN Plus, simpanan bersih merujuk kepada bayaran komitmen bulanan (simpanan dan takaful), termasuk bayaran untuk bulan-bulan akan datang tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN mendapat sepuluh (10) peluang cabutan manakala setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat dua (2) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun SSPN Prime kekal aktif dan akaun SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.
  • Promosi ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).