Cabutan WOW! Tahunan Simpan SSPN 2024 dianjurkan sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit kerana memilih akaun SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan. Promosi ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM840,000 untuk dimenangi.
Tempoh Promosi
1 Januari 2024 - 31 Disember 2024
Hadiah Cabutan Kategori Platinum
Hadiah Utama x 1 pemenang: Proton X-90 Flagship
Hadiah Kedua x 2 pemenang: Motosikal Yamaha MT09
Hadiah Ketiga x 3 pemenang: Wang tunai bernilai RM30,000
Hadiah Saguhati x 20 pemenang: Wang tunai bernilai RM1,000
Hadiah Cabutan Kategori Gold
Hadiah Utama x 1 pemenang Proton X-50 Flagship
Hadiah Kedua x 2 pemenang Motosikal Yamaha XMAX 250cc
Hadiah Ketiga x 3 pemenang Wang tunai bernilai RM20,000
Hadiah Saguhati x 20 pemenang Wang tunai bernilai RM500
Hadiah Cabutan Kategori Silver
Hadiah Utama x 1 pemenang Proton S-70 Flagship X
Hadiah Kedua x 2 pemenang Motosikal Yamaha NVX 155cc
Hadiah Ketiga x 3 pemenang Wang tunai bernilai RM10,000
Hadiah Saguhati x 20 pemenang Wang tunai bernilai RM300
Terbuka kepada pendeposit akaun SSPN Prime dan SSPN Plus, sedia ada dan baharu.
Pendeposit perlu membuka akaun SSPN Prime atau membuat tambahan deposit akaun SSPN Prime atau membuka akaun SSPN Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan akaun SSPN Plus.
Bilangan peluang cabutan adalah berdasarkan kepada jumlah simpanan bersih yang dibuat di dalam Tempoh Promosi.
Untuk akaun SSPN Prime, simpanan bersih merujuk kepada jumlah deposit tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus mendapat lima (5) peluang cabutan manakala setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
Untuk akaun SSPN Plus, simpanan bersih merujuk kepada bayaran komitmen bulanan (simpanan dan takaful), termasuk bayaran untuk bulan-bulan akan datang tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus mendapat sepuluh (10) peluang cabutan manakala setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat dua (2) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
Pendeposit perlu memastikan akaun SSPN Prime kekal aktif dan akaun SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.
Promosi ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).