Cabutan WOW! Tahunan SSPN 2023

SSPN Plus
Mohd Azamuddin Ariffin, 41, pemenang hadiah utama

Promosi ini telah berakhir pada 31hb Disember 2023. Tahniah! Muncul sebagai pemenang utama membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000, Mohd Azamuddin Ariffin, 41, berkata, keputusan untuk membuka akaun pada 2017 lalu adalah pilihan yang tepat kerana, selain menabung untuk masa depan tiga orang anaknya, simpanan patuh syariah itu juga memberikan pelepasan taksiran cukai dan dividen yang sudah pasti sedikit sebanyak mampu membantu ekonominya keluarganya.

"Saya rasa untuk situasi sekarang ini tak susah pun untuk menyimpan sebab sekarang ada pelbagai kaedah yang kita boleh gunakan, contohnya melalui platform dalam talian, laman sesawang, aplikasi selain daripada kaunter. Saya sarankan ibu bapa mengambil peluang ini untuk menyimpan melalui kaedah yang dianjurkan PTPTN.

"... contohnya macam Simpan SSPN ini sebab banyak manfaat yang kita boleh peroleh di samping cabutan tahunan dan kempen- kempen yang dianjurkan oleh PTPTN sendiri," kata Pegawai Latihan Vokasional, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu.

Bagai bulan jatuh ke riba, pemenang tempat kedua, Mashalina Halim, 33, berkata, memahami fungsi Simpan SSPN, kewajipan beliau untuk membuka akaun berkenaan bagi menjamin masa depan akademik anak-anaknya seolah-olah memberikannya ganjaran apabila memenangi wang tunai sebanyak RM50,000.

 

 

Hadiah Cabutan

  • Hadiah Utama x 1 pemenang

    Wang tunai bernilai RM150,000
    MOHD AZAMUDDIN BIN ARIFFIN (830512-08-XXXX)

  • Hadiah Kedua x 1 pemenang

    Wang tunai bernilai RM50,000
    MASHALINA BINTI HALIM (900916-06-XXXX)

  • Hadiah Ketiga x 1 pemenang

    Wang tunai bernilai RM10,000
    EE HOCK YIN (751023-04-XXXX)

 

 

SSPN Plus
Buka Akaun