Cabutan Wow! Jubli Perak PTPTN

Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN adalah cabutan yang diadakan bersempena Sambutan Jubli Perak penubuhan PTPTN yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM1 juta untuk dimenangi.

3 kategori cabutan diadakan iaitu Cabutan Tahunan, Cabutan Siri dan Cabutan Khas Babyku Simpan.

 

SSPN Plus
Infografik: Hadiah Cabutan Wow! Jubli Perak

Hadiah Cabutan

  • Hadiah Utama x 1 pemenang

    Mercedes-Benz A250 AMG Line

  • Hadiah Kedua x 1 pemenang

    Wang tunai bernilai RM100,000

  • Hadiah Ketiga x 1 pemenang

    Wang tunai bernilai RM50,000

  • Hadiah Saguhati x 22 pemenang

    Motosikal Honda Dash 125

 

Tempoh Promosi

  • 1 Januari 2022 - 31 Disember 2022

 

Video promosi Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN

 

 

Syarat Kelayakan Cabutan Wow! Jubli Perak PTPTN:

  • Terbuka kepada pendeposit akaun SSPN Prime dan SSPN Plus, sedia ada dan baharu.
  • Pendeposit perlu membuka akaun SSPN Prime atau membuat tambahan deposit akaun SSPN Prime atau membuka akaun SSPN Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan akaun SSPN Plus.
  • Bilangan peluang cabutan adalah berdasarkan kepada jumlah simpanan bersih yang dibuat di dalam Tempoh Promosi.
  • Untuk akaun SSPN Prime, simpanan bersih merujuk kepada jumlah deposit tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM50 simpanan bersih mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Untuk akaun SSPN Plus, simpanan bersih merujuk kepada bayaran komitmen bulanan (simpanan dan takaful), termasuk bayaran untuk bulan-bulan akan datang tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM50 simpanan bersih mendapat dua (2) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun SSPN Prime kekal aktif dan akaun SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan..
  • Promosi ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).