Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2020 - Cabutan Tahunan

Cabutan Wow! SSPN-i Plus diadakan pada setiap tahun kepada pendeposit SSPN-i Plus sedia ada dan baharu bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan di samping membuat simpanan secara konsisten melalui SSPN-i Plus.

Untuk tahun 2020, promosi ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta dengan hadiah kereta mewah dan wang tunai untuk dimenangi.

Infografik: Cabutan Wow! Tahunan 2020

Hadiah Cabutan:

  • Hadiah Pertama:

    Mercedes C200 FL AMG Line

  • Hadiah Kedua:

    Wang Tunai bernilai RM50,000

  • Hadiah Ketiga:

    Wang Tunai bernilai RM30,000

  • Hadiah Saguhati:

    Wang Tunai bernilai RM500 x 1,000 pemenang

 

Tempoh Promosi:

  • 1 Januari 2020 - 31 Disember 2020

 

 

Kelayakan Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2020 - Cabutan Tahunan:

  • Terbuka kepada pendeposit SSPN-i Plus sedia ada dan baharu.
  • Pendeposit perlu membuka akaun SSPN-i Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan di dalam Tempoh Promosi.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun SSPN-i Plus tiada tunggakan bayaran komitmen bulanan sehingga tarikh cabutan.
  • Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada bayaran komitmen bulanan yang dibuat di dalam Tempoh Promosi. Setiap RM50 (simpanan + takaful - pengeluaran) mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat Tempoh Promosi.