Cabutan WOW! Syoknya Raya SSPN 2024

Cabutan WOW! Syoknya Raya Simpan SSPN 2024 adalah Cabutan Siri yang kedua untuk tahun 2024. Ia dianjurkan sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit kerana memilih akaun SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan. Promosi ini menawarkan wang tunai berjumlah hampir RM100,000 untuk dimenangi.

SSPN Plus
Infografik Cabutan WOW! Syoknya Raya SSPN 2024

Hadiah Cabutan

  • Hadiah Utama x 1 pemenang
    Wang tunai bernilai RM10,000
  • Hadiah Saguhati x 180 pemenang
    Wang tunai bernilai RM500

 

Tempoh Promosi

  • 1 Mac 2024 - 30 April 2024

 

Tempoh Pengekalan

  • 1 Mei 2024 - 31 Mei 2024

 

 

Cabutan WOW! Syoknya Raya SSPN 2024:

  • Terbuka kepada pendeposit akaun SSPN Prime dan SSPN Plus, sedia ada dan baharu.
  • Pendeposit perlu membuka akaun SSPN Prime atau membuat tambahan deposit akaun SSPN Prime atau membuka akaun SSPN Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan akaun SSPN Plus.
  • Bilangan peluang cabutan adalah berdasarkan kepada jumlah simpanan bersih yang dibuat di dalam Tempoh Promosi.
  • Untuk akaun SSPN Prime, simpanan bersih merujuk kepada jumlah deposit tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus mendapat lima (5) peluang cabutan manakala setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Untuk akaun SSPN Plus, simpanan bersih merujuk kepada bayaran komitmen bulanan (simpanan dan takaful), termasuk bayaran untuk bulan-bulan akan datang tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus mendapat sepuluh (10) peluang cabutan manakala setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat dua (2) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran atau pindahan simpanan semasa tempoh pengekalan daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen untuk melayakkan cabutan.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun SSPN Prime kekal aktif dan akaun SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.
  • Promosi ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).

 

 

SSPN Plus
Buka Akaun