Cabutan Wow! Simpan SSPN Plus 2021

Cabutan Wow! SSPN Plus diadakan pada setiap tahun kepada pendeposit akaun Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan di dalam tempoh kempen.

Untuk tahun 2021, promosi ini menawarkan hadiah jongkong emas, Perodua Bezza 1.3AV, Thermomix dan wang tunai dengan jumlah keseluruhannya hampir RM320,000.

 

Infografik: Cabutan Wow! SSPN Plus 2021

Hadiah Cabutan

  • Hadiah Pertama x 1 pemenang

    Jongkong Emas bernilai RM150,000

  • Hadiah Kedua x 2 pemenang

    Perodua Bezza 1.3 AV

  • Hadiah Ketiga x 3 pemenang

    Thermomix

  • Hadiah Saguhati x 215 pemenang

    Wang Tunai bernilai RM221

 

Tempoh Promosi

  • 1 September 2021 - 31 Disember 2021

 

Video promosi Cabutan Wow! SSPN Plus 2021

 

 

Syarat Kelayakan Cabutan Wow! Simpan SSPN Plus 2021:

  • Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Plus sedia ada dan baharu.
  • Pendeposit perlu membuka akaun Simpan SSPN Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan di dalam Tempoh Promosi.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun Simpan SSPN Plus tiada tunggakan bayaran komitmen bulanan sehingga tarikh cabutan.
  • Bilangan peluang cabutan adalah berdasarkan kepada bayaran komitmen bulanan yang dibuat di dalam Tempoh Promosi. Setiap RM50 (simpanan + takaful - pengeluaran) mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat Tempoh Promosi.
  • Promosi ini tidak layak disertai oleh kakitangan PTPTN, kakitangan Hong Leong MSIG Takaful Berhad, kakitangan Great Eastern Takaful Berhad, kakitangan Takaful Ikhlas Family Berhad, pasangan dan anak-anak mereka.