Cabutan Jom Beraya Jom Menyimpan 2022

Kempen ini adalah simbolik bagi meraikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang akan disambut bersama seluruh masyarakat di Malaysia.

Ia menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM160,000 dan jumlah bilangan pemenang yang sama akan dipilih dari setiap negeri.

SSPN Plus
Infografik: Cabutan Jom Beraya Jom Menyimpan 2022

Hadiah Cabutan

  • Hadiah Pertama x 1 pemenang

    TV Pintar 4K 50”

  • Hadiah Kedua x 1 pemenang

    Vakum Tanpa Wayar

  • Hadiah Ketiga x 1 pemenang

    Seterika Wap

  • Hadiah Saguhati x 19 pemenang

    Duit Raya bernilai RM200

  • untuk setiap negeri berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit

 

Tempoh Promosi

  • 15 April 2022 - 31 Mei 2022

 

 

Syarat Kelayakan Cabutan Jom Beraya Jom Menyimpan 2022:

  • Terbuka kepada pendeposit akaun SSPN Plus dan SSPN Prime, sedia ada dan baharu.
  • Pendeposit perlu membuka akaun SSPN Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan akaun SSPN Plus atau membuka akaun SSPN Prime atau membuat tambahan deposit akaun SSPN Prime di dalam Tempoh Promosi.
  • Bilangan peluang cabutan adalah berdasarkan kepada jumlah deposit yang dibuat di dalam Tempoh Promosi. Untuk akaun SSPN Plus, jumlah deposit merujuk kepada bayaran komitmen bulanan, termasuk bayaran untuk bulan-bulan akan datang. Setiap RM50 mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat Tempoh Promosi dan Pendeposit tidak dibenarkan membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan.
  • Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).