Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN

Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar memilih SSPN-i Plus sebagai pilihan utama untuk simpanan duit raya anak-anak, di samping memupuk budaya menabung di kalangan rakyat Malaysia.

Infografik: Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan

Cabutan Peringkat Nasional:

  • Hadiah Pertama:

    Duit Raya bernilai RM8,000

  • Hadiah Kedua:

    Duit Raya bernilai RM4,000

  • Hadiah Ketiga:

    Duit Raya bernilai RM2,000

  • Hadiah Saguhati:

    Duit Raya bernilai RM500 x 200 pemenang

Cabutan Peringkat Negeri:

  • Hadiah Pertama:

    Duit Raya bernilai RM3,000

  • Hadiah Kedua:

    Duit Raya bernilai RM1,500

  • Hadiah Ketiga:

    Duit Raya bernilai RM500

  • Hadiah Saguhati:

    Duit Raya bernilai RM100 x 55 pemenang

Tempoh Promosi:

  • 18 Mei 2020 - 30 Jun 2020

 

 

Kelayakan Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan:

  • Terbuka kepada pendeposit SSPN-i Plus baharu dan pendeposit SSPN-i Plus sedia ada.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga 31 Julai 2020.
  • Setiap RM100 pembayaran komitmen bulanan oleh pendeposit yang sama di dalam tempoh promosi melalui saluran tetap (Potongan gaji, Direct Debit atau Auto Debit) mendapat satu (1) peluang cabutan untuk semua pakej. Tiada had bilangan cabutan.
  • Setiap RM100 pembayaran komitmen bulanan oleh pendeposit yang sama di dalam tempoh promosi selain melalui saluran tetap (portal online SSPN-i Plus, perbankan internet, Jompay, e-Pay dan kaunter PTPTN) mendapat dua (2) peluang cabutan untuk semua pakej. Tiada had bilangan cabutan.
  • Untuk Cabutan Peringkat Negeri, penetapan negeri dibuat mengikut alamat tetap Pendeposit.
  • Untuk Cabutan Peringkat Nasional, pendeposit perlu membuat pembayaran komitmen bulanan sekurang-kurangnya RM300 di dalam tempoh promosi.