Cabutan Wow! Siri SSPN-i Plus 2019

Promosi ini diadakan bagi menghargai pendeposit yang memilih SSPN-i Plus sebagai produk simpanan utama untuk pendidikan anak-anak mereka dan menggalakkan mereka untuk terus mengutamakan penabungan secara konsisten.

Infografik: Cabutan Wow! Siri
  • Hadiah Cabutan:

    Wang tunai RM3,000 x 15 pemenang

  • Tempoh Promosi:

    Siri 1: Julai 2019 - Ogos 2019
    Siri 2: September 2019 - Oktober 2019
    Siri 3: November 2019 - Disember 2019

Kelayakan Cabutan Wow! Siri:

  • Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun SSPN-i Plus baharu dalam Tempoh Promosi sahaja.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat tempoh promosi.
  • Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan.
  • Setiap RM50 (simpanan + takaful) mendapat satu (1) cabutan tanpa mengira pakej. Tiada had bilangan cabutan.

 

 

Soalan lazim mengenai Cabutan Wow! Siri

  • Apakah itu ‘Cabutan Wow! Siri SSPN-i Plus 2019'?
  • Cabutan Wow! Siri SSPN-i Plus 2019 merupakan kempen yang dianjurkan oleh PTPTN khusus kepada pendeposit SSPN-i Plus. Ia bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan dan membuat simpanan secara konsisten.
  • Bilakah tempoh promosi Cabutan Wow! Siri SSPN-i Plus?
  • Siri 1: Julai 2019 - Ogos 2019; Siri 2: September 2019 - Oktober 2019; Siri 3: November 2019 - Disember 2019
  • Siapakah yang layak untuk menyertai promosi ini?
  • [1] Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun SSPN-i Plus baharu dalam Tempoh Promosi sahaja; [2] Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan; [3] Pendeposit SSPN-i Plus perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan; [4] Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat Tempoh Promosi.
  • Adakah permohonan perlu dibuat untuk melayakkan pendeposit menyertai Cabutan Wow! Siri SSPN-i Plus?
  • Tidak perlu kerana kelayakan Cabutan Wow! Siri SSPN-i Plus adalah automatik bagi pendeposit yang layak.
  •  

     

  • Jika akaun pendeposit telah tertunggak, adakah akaun tersebut masih layak untuk menyertai cabutan?
  • Tidak layak. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan.
  • Jika pendeposit meninggal dunia, adakah akaun tersebut masih layak untuk menyertai cabutan?
  • Layak
  • Di manakah pendeposit boleh membuka akaun/menambah simpanan SSPN-i Plus?
  • Pembukaan akaun SSPN-i Plus dan penambahan deposit boleh dibuka secara online dengan melayari sspn-i.com
  • Bilakah tarikh cabutan akan dibuat?
  • Secara tentatifnya, tarikh cabutan adalah 20 hari selepas tamat tempoh promosi. Walau bagaimanapun, tarikh ini mungkin akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa
  • Bagaimanakah makluman kepada pemenang akan dibuat?
  • Pemenang akan dimaklumkan melalui surat,emel, panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN.
  • Bilakah hadiah berbentuk ganjaran tunai akan dikreditkan kepada pemenang?
  • Hadiah ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh cabutan. Sekiranya pemenang tidak mempunyai akaun SSPN-i, pembukaan akaun akan dibuat berdasarkan kepada butiran akaun di SSPN-i Plus.
  •