Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN 2023

Kempen Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 adalah tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana setia memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan disamping bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengguna baharu myPTPTN sekaligus mendidik masyarakat ke arah transaksi secara atas talian.

 

SSPN Plus
Infografik: Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN 2023

Hadiah Cabutan

  • Hadiah Pertama x 1 pemenang

    Wang Tunai RM10,000

  • Hadiah Saguhati x 65 pemenang

    Wang Tunai RM1,000

 

Tempoh Promosi

  • 1 Oktober 2023 - 31 Oktober 2023

 

 

Syarat Kelayakan Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN 2023:

  • Terbuka kepada pendeposit akaun SSPN Prime dan SSPN Plus, sedia ada dan baharu.
  • Pendeposit perlu membuka akaun SSPN Prime atau membuat tambahan deposit akaun SSPN Prime atau membuka akaun SSPN Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan akaun SSPN Plus.
  • Bilangan peluang cabutan adalah berdasarkan kepada jumlah simpanan bersih yang dibuat di dalam Tempoh Promosi.
  • Untuk akaun SSPN Prime, simpanan bersih merujuk kepada jumlah deposit tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM300 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN mendapat enam (6) peluang cabutan manakala setiap RM300 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Untuk akaun SSPN Plus, simpanan bersih merujuk kepada bayaran komitmen bulanan (simpanan dan takaful), termasuk bayaran untuk bulan-bulan akan datang tolak jumlah pengeluaran. Setiap RM300 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN mendapat enam (6) peluang cabutan manakala setiap RM300 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat satu (1) peluang cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun SSPN Prime kekal aktif dan akaun SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.
  • Promosi ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).