Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN 2022

Promosi ini telah berakhir pada 31hb Oktober 2022. Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai hampir RM50,000 untuk pemenang peringkat nasional dan hadiah-hadiah menarik untuk pemenang peringkat negeri.

 

SSPN Plus
Infografik: Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN 2022

Hadiah Cabutan Peringkat Nasional

  • Hadiah Pertama x 1 pemenang

    Wang Tunai RM25,000

  • Hadiah Saguhati x 24 pemenang

    Wang Tunai RM1,000

 

Hadiah Cabutan Peringkat Negeri

untuk setiap negeri berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit

  • Hadiah Pertama x 1 pemenang

    Basikal BMT

  • Hadiah Kedua x 1 pemenang

    Periuk Tekanan Tinggi

  • Hadiah Ketiga x 1 pemenang

    Jam Pintar

  • Hadiah Saguhati x 3 pemenang

    Kipas Angin

 

Tempoh Promosi

  • 1 Oktober 2022 - 31 Oktober 2022

 

 

Syarat Kelayakan Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN 2022:

  • Terbuka kepada pendeposit akaun SSPN Prime dan SSPN Plus, sedia ada dan baharu.
  • Pendeposit perlu membuka akaun SSPN Prime atau membuat tambahan deposit akaun SSPN Prime atau membuka akaun SSPN Plus atau membuat bayaran komitmen bulanan akaun SSPN Plus.
  • Bilangan peluang cabutan adalah berdasarkan kepada jumlah simpanan bersih yang dibuat di dalam Tempoh Promosi.
  • Untuk akaun SSPN Prime, simpanan bersih merujuk kepada jumlah deposit tolak jumlah pengeluaran. Manakala untuk akaun SSPN Plus, simpanan bersih merujuk kepada bayaran komitmen bulanan (simpanan dan takaful), termasuk bayaran untuk bulan-bulan akan datang tolak jumlah pengeluaran.
  • Setiap RM300 simpanan bersih mendapat satu (1) peluang cabutan untuk Cabutan Peringkat Negeri. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Setiap RM500 simpanan bersih mendapat satu (1) peluang cabutan untuk Cabutan Peringkat Nasional. Tiada had untuk bilangan cabutan.
  • Pendeposit layak untuk Cabutan Peringkat Negeri dan Peringkat Nasional sekiranya simpanan bersih adalah sekurang-kurangnya RM500 di dalam tempoh promosi.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun SSPN Prime kekal aktif dan akaun SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.
  • Promosi ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).