Pakej Delima

Tidak perlu bertangguh lagi! Pakej permulaan yang mampu disertai oleh setiap ibubapa dan untuk setiap anak. Disertakan manfaat Takaful sehingga RM40 ribu. Tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan penerimaan setiap penyertaan dijamin.

Infografik: Pakej Delima - RM50 sebulan

Komitmen Bulanan: RM50

  • Simpanan SSPN-i: RM40
  • Sumbangan Takaful: RM10
  • Unjuran simpanan: RM15,000

Penafian: Unjuran simpanan adalah berdasarkan kadar dividen 4.25% setahun dengan simpanan bulanan selama 20 tahun. Kadar dividen tidak dijamin dan kadar sebenar diumumkan pada setiap tahun. Simpanan terkumpul dijamin oleh Kerajaan.

Jom sertai! Penyertaan secara online sepenuhnya. Boleh disertai oleh setiap ibubapa. Penerimaan setiap penyertaan dijamin dan pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan.

 

Manfaat Takaful: RM40,000

  • Kematian / Ilat Kekal dan Menyeluruh (Kemalangan): RM40,000
  • Kematian / Ilat Kekal dan Menyeluruh (Biasa): RM20,000
  • 36 Penyakit Kritikal: RM10,000
  • Elaun Harian Hospital: RM20
  • Khairat Kematian (Pendeposit): RM2,500
  • Khairat Kematian (Pasangan): RM2,500
  • Khairat Kematian (Anak): RM1,000 (3 orang sahaja)

 

 

Soalan lazim mengenai Pakej Delima SSPN-i Plus

  • Siapakah yang layak membuka akaun SSPN-i Plus?
  • Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  • Adakah pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan ataupun mendapatkan laporan perubatan untuk membuka akaun SSPN-i Plus?
  • Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun ini. Walau bagaimanapun bagi Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain.
  • Adakah seseorang itu boleh membuka akaun SSPN-i Plus jika menghidapi sebarang penyakit kritikal?
  • Boleh tetapi bagi Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat). Permohonan bagi Pakej Berlian akan ditolak.
  • Saya telah mempunyai akaun SSPN-i, adakah saya boleh membuka akaun SSPN-i Plus?
  • Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun SSPN-i Plus tanpa perlu menutup akaun SSPN-i.
  • Adakah penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun sama ada pakej yang sama atau pakej yang berlainan?
  • Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun tetapi pembukaan akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza sama ada akaun dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu atau dibuka oleh bapa atau dibuka oleh penjaga yang sah. Ini bermakna setiap penerima manfaat hanya boleh mempunyai maksimum dua (2) akaun sahaja.
  •  

     

  • Bolehkah seorang pendeposit membuka lebih dari satu akaun dengan pakej yang sama atau berlainan untuk dirinya sendiri?
  • Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej. Walau bagaimanapun, seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat yang berlainan (anak / anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama atau berlainan, kecuali untuk pakej Berlian (hanya terhad kepada dua (2) akaun untuk seorang pendeposit atau perlindungan kematian / ilat kekal (kemalangan) maksimum sebanyak RM2,000,000).
  • Adakah simpanan yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?
  • Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.
  • Apakah yang akan terjadi sekiranya pendeposit gagal membuat bayaran komitmen bulanan sehingga tarikh bayaran yang ditetapkan?
  • Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, maka akaun akan ditutup serta-merta.
  • Adakah manfaat takaful yang ditawarkan boleh dituntut serta merta?
  • Manfaat takaful boleh dituntut mengikut tempoh menunggu yang ditetapkan.
  • Jika berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun SSPN-i Plus untuk 5 orang anak, adakah waris akan menerima manfaat kematian bagi kelima-lima akaun atau bayaran manfaat hanya diterima sekali sahaja kerana pendeposit yang sama?
  • Ya. Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun. Manfaat tersebut akan akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan.
  •