Panduan Pengeluaran Simpanan Akaun SSPN Plus

Pendeposit dinasihatkan memahami setiap langkah yang dipaparkan dan menyediakan maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pengeluaran simpanan akaun SSPN Plus secara online.

myPTPTN

Layari portal myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ dan log masuk.

Setelah laman utama dipaparkan, klik pada simbol "" di atas akaun SSPN Plus yang berkenaan.

Sekiranya masih belum mendaftar akaun myPTPTN atau belum melengkapkan pengesahan eKYC menggunakan aplikasi myPTPTN, sila rujuk panduan berikut terlebih dahulu:

Panduan Pendaftaran Akaun myPTPTN
Panduan Pengesahan eKYC myPTPTN

SSPN Plus

Seterusnya, klik pada menu "PINDAHAN" untuk memulakan proses pengeluaran simpanan dari akaun SSPN Plus tersebut.

SSPN Plus

Untuk pengeluaran simpanan, klik pada menu AKAUN BANK.

Pindahan ke Akaun Persendirian merujuk kepada pindahan simpanan ke akaun SSPN atau akaun pinjaman PTPTN milik Pendeposit.

Pindahan ke Akaun Pihak Ketiga merujuk kepada pindahan simpanan ke akaun SSPN atau akaun pinjaman PTPTN milik Pendeposit yang lain.

SSPN Plus

Pilih nama bank dari senarai yang dipaparkan dan masukkan nombor akaun bank dengan tepat.

Pengeluaran menggunakan akaun bank pihak ketiga tidak dibenarkan.

SSPN Plus

Masukkan amaun pindahan. Amaun tersebut hendaklah tidak melebihi baki pindahan yang dibenarkan dan tidak melebihi RM1000.

Pilih tujuan pemindahan dari senarai rujukan yang diberikan.

Klik pada butang "SETERUSNYA" untuk ke langkah berikutnya.

SSPN Plus

Semak maklumat permohonan pengeluaran simpanan yang dipaparkan. Pastikan nama bank, nombor akaun bank dan amaun pengeluaran adalah tepat.

Klik pada butang "SAH & HANTAR" untuk pengesahan.

SSPN Plus

Seterusnya, klik pada butang "MOHON TAC". Semak SMS yang diterima di telefon bimbit dan masukkan nombor TAC di ruang yang disediakan.

SSPN Plus

Tahniah! Proses permohonan untuk pengeluaran simpanan akaun SSPN Plus telah berjaya.

Permohonan untuk pengeluaran simpanan tertakluk kepada kelulusan pihak PTPTN. Jumlah yang dipohon akan dikreditkan ke akaun bank Pendeposit di dalam tempoh 3 hingga 14 hari berkerja.

 

myPTPTN
Kongsikan