Muat turun aplikasi myPTPTN mengikut peranti yang digunakan dan pasang aplikasi tersebut pada telefon pintar.
Peranti Android
Pendeposit perlu melengkapkan pengesahan eKYC menggunakan aplikasi myPTPTN sebelum dibenarkan menyemak baki akaun dan penyata akaun SSPN. Fahami setiap langkah yang dipaparkan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pengesahan eKYC myPTPTN.
Muat turun aplikasi myPTPTN mengikut peranti yang digunakan dan pasang aplikasi tersebut pada telefon pintar.
Peranti AndroidSetelah aplikasi myPTPTN tersedia pada telefon pintar, buka aplikasi tersebut dan log masuk menggunakan nombor Kad Pengenalan.
Setelah berjaya log masuk, klik pada menu "Semakan Penyata". Notis mengenai eKYC akan dipaparkan. Klik pada butang "OK" untuk ke langkah berikutnya.
Sekiranya masih belum mendaftar akaun myPTPTN, sila rujuk panduan berikut terlebih dahulu:
Bagi melancarkan proses eKYC, ikuti tips yang diberikan.
Sediakan salinan asal kad pengenalan (myKAD). Klik pada butang "MULAKAN EKYC" dan seterusnya klik pada butang "MULAKAN".
Klik pada butang "ALLOW" untuk membenarkan aplikasi myPTPTN mengakses fungsi kamera, mikrofon dan lokasi pada telefon pintar tersebut.
Ambil gambar depan kad pengenalan. Pastikan gambar tersebut berada di dalam bingkai fokus yang ditetapkan.
Seterusnya, ambil gambar belakang kad pengenalan. Pastikan gambar tersebut berada di dalam bingkai fokus yang ditetapkan.
Akhir sekali, ambil gambar swafoto muka anda. Pastikan gambar tersebut berada di dalam bingkai fokus yang ditetapkan.
Tahniah! Proses pengesahan eKYC aplikasi myPTPTN telah berjaya.
Log masuk samada di portal myPTPTN atau aplikasi myPTPTN menggunakan nombor Kad Pengenalan.
Semua perkhidmatan yang disediakan kini boleh digunakan kerana telah melengkapkan proses eKYC.