Layari https://myptptn.ptptn.gov.my/ untuk ke portal myPTPTN.
Seterusnya, klik pada butang "DAFTAR SEKARANG" untuk memulakan proses pendaftaran.
Pendeposit dinasihatkan memahami setiap langkah yang dipaparkan dan menyediakan maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pendaftaran akaun myPTPTN secara online.
Layari https://myptptn.ptptn.gov.my/ untuk ke portal myPTPTN.
Seterusnya, klik pada butang "DAFTAR SEKARANG" untuk memulakan proses pendaftaran.
Langkah pertama ialah pengesahan nombor kad pengenalan.
Masukkan nama penuh seperti di dalam kad pengenalan dan nombor kad pengenalan (12 digit).
Klik pada butang "SETERUSNYA" untuk proses pengesahan.
Lengkapkan maklumat diri iaitu e-mel, nombor telefon bimbit dan alamat surat-menyurat.
Seterusnya, cipta kata laluan yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Pilih ikon keselamatan dan cipta frasa keselamatan yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Klik pada kotak yang disediakan untuk menyatakan persetujuan dan seterusnya klik pada butang "SELESAI".
Klik pada butang "MOHON TAC". Semak SMS yang diterima di telefon bimbit dan masukkan nombor TAC di ruang yang disediakan.
Tahniah! Proses pendaftaran akaun myPTPTN telah berjaya.
Sila semak e-mel pengaktifan akaun yang dihantar oleh sistem myPTPTN sebelum meneruskan langkah log masuk.
Klik pada pautan yang diberikan untuk melengkapkan proses pengaktifan akaun myPTPTN.
Tahniah! Proses pendaftaran dan pengaktifan akaun myPTPTN telah selesai.
Untuk log masuk ke portal myPTPTN, layari https://myptptn.ptptn.gov.my/
Masukkan nombor kad pengenalan (12 digit) dan klik pada simbol ""
Semak ikon dan frasa keselamatan yang dipaparkan.
Klik pada butang "YA" untuk ke paparan berikutnya.
Masukkan kata laluan dan klik pada butang LOG MASUK untuk semakan.
Tahniah! Proses log masuk telah berjaya.
Sebelum membuat pembukaan akaun dan penambahan deposit, sila rujuk panduan berikut terlebih dahulu:
Panduan Pembukaan Akaun SSPN Plus Panduan Penambahan Deposit SSPN Plus
Panduan Pembukaan Akaun SSPN Prime Panduan Penambahan Deposit SSPN Prime