Panduan Pembayaran Deposit Akaun SSPN Plus

Pendeposit dinasihatkan memahami setiap langkah yang dipaparkan dan menyediakan maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembayaran deposit akaun SSPN Plus secara online.

myPTPTN

Layari portal myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ dan log masuk.

Setelah laman utama dipaparkan, klik pada simbol "" di atas akaun SSPN Plus yang berkenaan.

Sekiranya masih belum mendaftar akaun myPTPTN atau ingin membuat pembukaan akaun SSPN Plus, sila rujuk panduan yang disediakan.

Panduan Pendaftaran Akaun myPTPTN
Panduan Pembukaan Akaun SSPN Plus

SSPN Plus

Seterusnya, klik pada menu "PEMBAYARAN" untuk memulakan proses pembayaran deposit akaun SSPN Plus tersebut.

SSPN Plus

Masukkan AMAUN BAYARAN. Pendeposit dinasihatkan supaya memasukkan amaun bayaran mengikut gandaan amaun pakej supaya tiada amaun apungan.

Pecahan untuk Simpanan SSPN dan sumbangan Takaful akan dipaparkan.

SSPN Plus

Akhir sekali, pilih kaedah bayaran pendahuluan samada menggunakan perbankan online (akaun simpanan atau kad kredit) atau menggunakan kad debit atau kredit.

Klik pada butang "SAH & BAYAR" dan lengkapkan proses pembayaran sehingga selesai.

Pihak PTPTN akan menghantar e-mel penghargaan pembayaran deposit SSPN Plus.

 

myPTPTN
Kongsikan