Panduan Penambahan Simpanan Akaun SSPN Prime

Pendeposit dinasihatkan memahami setiap langkah yang dipaparkan dan menyediakan maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan proses penambahan simpanan akaun SSPN Prime secara online.

myPTPTN

Layari portal myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ dan log masuk.

Setelah laman utama dipaparkan, klik pada simbol "" di atas akaun SSPN Prime yang berkenaan.

Sekiranya masih belum mendaftar akaun myPTPTN atau ingin membuat pembukaan akaun SSPN Prime, sila rujuk panduan berikut terlebih dahulu:

Panduan Pendaftaran Akaun myPTPTN
Panduan Pembukaan Akaun SSPN Prime

SSPN Plus

Seterusnya, klik pada menu "PEMBAYARAN" untuk memulakan proses penambahan simpanan akaun SSPN Prime tersebut.

SSPN Plus

Masukkan jumlah simpanan yang ingin dilakukan. Simpanan minimum ialah RM1.

Masukkan kod 000002008 di ruang "Kod Rujukan".

SSPN Plus

Akhir sekali, pilih bank untuk pembayaran menggunakan perbankan online.

Klik pada butang "SAH & BAYAR" dan lengkapkan proses pembayaran sehingga selesai.

Pihak PTPTN akan menghantar e-mel penghargaan penambahan simpanan akaun SSPN Prime.

 

myPTPTN
Kongsikan