Panduan Pembukaan Akaun SSPN Plus

Pendeposit dinasihatkan memahami setiap langkah pembukaan akaun yang dipaparkan dan menyediakan maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembukaan akaun secara online.

 

SSPN Plus

Klik pada butang atau capaian "Portal Pembukaan Akaun" di dalam laman web ini untuk ke portal pembukaan akaun secara online.

SSPN Plus

Semasa tiba di portal online, sila ambil maklum paparan ini dan klik pada butang "TUTUP" untuk memulakan proses pembukaan akaun.

SSPN Plus

Pembukaan akaun Simpan SSPN Plus secara online melibatkan enam (6) langkah iaitu Pengesahan Emel, Penetapan Pakej, Maklumat Pendeposit, Maklumat Penerima Manfaat (Anak), Penetapan Kaedah Bayaran Bulanan dan Pembayaran Deposit Pendahuluan.

SSPN Plus

Langkah Pertama ialah pengesahan alamat emel. Masukkan nombor kad pengenalan Pendeposit dan alamat emel yang akan digunakan.

Sekiranya dipaparkan ruang "KOD EKSEKUTIF PTPTN", masukkan 000001003.

Klik pada kotak "I'm not a robot" dan butang "SETERUSNYA".

SSPN Plus

Semak emel dan salin kata laluan sementara yang diterima. Masukkan kata laluan sementara tersebut di ruang yang disediakan, klik pada skrin dan klik pada butang "SETERUSNYA".

SSPN Plus

Untuk langkah kedua, pilih jenis akaun dan isikan nombor kad pengenalan Penerima Manfaat. Klik pada Pakej pilihan, pada Syarikat Pengendali Takaful pilihan dan pada butang "SETERUSNYA".

Pendeposit dinasihatkan merujuk maklumat pakej, manfaat takaful dan tempoh menunggu tuntutan takaful sebelum memulakan proses pembukaan akaun.

SSPN Plus

Langkah ketiga ialah melengkapkan maklumat Pendeposit dan maklumat akaun bank.

Akaun bank ini merujuk kepada akaun bank Pendeposit untuk tujuan pemulangan bayaran yang dibuat sekiranya pembukaan akaun ditolak.

SSPN Plus

Langkah keempat ialah melengkapkan maklumat Penerima Manfaat iaitu anak yang dinamakan di dalam akaun Simpan SSPN Plus tersebut.

Untuk setiap anak, dibenarkan membuka dua (2) akaun Simpan SSPN Plus iaitu satu (1) oleh ibu dan satu (1) oleh bapa sebagai Pendeposit.

Nota: Pembukaan akaun untuk anak jagaan yang sah sama ada anak angkat atau anak tiri hanya boleh dibuka di kaunter pejabat cawangan PTPTN.

SSPN Plus

Langkah kelima ialah memaklumkan jumlah bayaran deposit pendahuluan (minimum untuk dua (2) bulan) dan kaedah potongan bayaran deposit bulanan bulan-bulan berikutnya.

Tiga pilihan disediakan iaitu Potongan gaji, Auto debit (Maybank, Bank Islam, RHB & BSN) dan Direct debit (Semua bank tempatan).

SSPN Plus

Seterusnya, sila baca dan fahami aqad yang dipaparkan. Klik pada 3 kotak yang disediakan untuk menyatakan persetujuan. Setelah butang "BAYARAN" dipaparkan, klik pada butang tersebut untuk proses pembayaran.

SSPN Plus

Di paparan PTPTN Online Payment Gateway, sila pilih nama bank untuk proses pembayaran melalui perbankan online anda.

SSPN Plus

Setelah proses pembayaran berjaya, maklumat transaksi akan dipaparkan dan dimaklumkan melalui emel oleh pihak FPX. Sila simpan paparan tersebut untuk rujukan.

Peringatan: Sekiranya Maklumat Transaksi tidak dipaparkan, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-21933000 dengan segera.

Maklumat akaun juga dihantar melalui emel oleh pihak PTPTN.