Panduan Pembukaan Akaun SSPN Plus

Pendeposit dinasihatkan memahami setiap langkah yang dipaparkan dan menyediakan maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembukaan akaun SSPN Plus secara online.

myPTPTN

Layari portal myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ dan log masuk.

Setelah laman utama dipaparkan, klik pada menu "PERKHIDMATAN", kemudian klik pada butang "Simpan SSPN" dan seterusnya pada butang "Simpan SSPN Plus".

Sekiranya masih belum mendaftar akaun myPTPTN, sila rujuk panduan berikut terlebih dahulu:

Panduan Pendaftaran Akaun myPTPTN

SSPN Plus

Lihat notis yang dipaparkan dan klik pada butang "BUKA AKAUN" untuk memulakan proses pembukaan akaun SSPN Plus.

Sekiranya dipaparkan notis mengenai "PENGESAHAN IDENTITI" atau eKYC, klik pada butang "" untuk menutup notis tersebut.

SSPN Plus

Langkah pertama ialah memilih PAKEJ akaun SSPN Plus.

Pendeposit dinasihatkan merujuk maklumat 6 pilihan pakej yang ditawarkan untuk keterangan lengkap mengenai setiap pakej.

SSPN Plus

Seterusnya ialah memilih Syarikat Pengendali Takaful yang menyediakan manfaat Takaful akaun SSPN Plus.

Pendeposit dinasihatkan merujuk senarai lengkap manfaat Takaful yang disediakan dan tempoh menunggu bagi setiap Syarikat Pengendali Takaful.

SSPN Plus

Semak jadual Manfaat Takaful yang dipaparkan dan klik pada butang "SETERUSNYA" untuk ke langkah berikutnya.

SSPN Plus

Langkah kedua ialah melengkapkan maklumat PENDEPOSIT.

Pilih JENIS AKAUN iaitu samada akaun untuk DIRI SENDIRI atau untuk ANAK KANDUNG atau untuk ANAK JAGAAN SAH / ANAK TIRI.

Peringatan: Akaun untuk DIRI SENDIRI tidak layak untuk pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat.

SSPN Plus

Pilih pekerjaan Pendeposit dari senarai yang diberikan.

Sekiranya tiada pilihan pekerjaan yang tepat, sila pilih pekerjaan yang hampir tepat.

SSPN Plus

Lengkapkan MAKLUMAT BANK iaitu nama bank dan nombor akaun bank.

Akaun bank ini merujuk kepada akaun bank Pendeposit untuk tujuan pemulangan bayaran yang dibuat sekiranya pembukaan akaun SSPN Plus ditolak.

Klik pada butang "SETERUSNYA" untuk ke langkah berikutnya.

SSPN Plus

Langkah ketiga ialah melengkapkan maklumat PENERIMA MANFAAT.

Masukkan nombor KAD PENGENALAN atau MyKID dan NAMA Penerima Manfaat (Anak). Semakan akan dilakukan oleh sistem untuk memastikan ketepatan maklumat yang dimasukkan.

Klik pada butang "SETERUSNYA" untuk ke langkah berikutnya.

SSPN Plus

Langkah keempat ialah PENGESAHAN maklumat yang telah diisi.

Semak setiap maklumat yang telah diisi dan lakukan pembetulan sekiranya perlu.

Klik pada butang "SETERUSNYA" untuk ke langkah berikutnya.

SSPN Plus

Langkah kelima ialah menetapkan kaedah BAYARAN BULANAN.

Masukkan jumlah bayaran pendahuluan mengikut gandaan bayaran bulanan pakej yang dipilih. Bayaran minimum ialah untuk 2 bulan.

Masukkan kod 000001003 di ruang "Kod Rujukan".

SSPN Plus

Pilih KAEDAH POTONGAN bayaran bulanan untuk bulan-bulan berikutnya. Kaedah potongan perlu dilengkapkan sekiranya bayaran pertama yang buat kurang dari 6 bulan.

Tiga pilihan disediakan iaitu Potongan gaji, Auto debit (Maybank, Bank Islam, RHB & BSN) dan Direct debit (Semua bank tempatan).

Klik pada butang "SETERUSNYA" untuk ke langkah berikutnya.

SSPN Plus

Langkah keenam ialah membuat BAYARAN pendahuluan.

Sila baca dan fahami akad yang dipaparkan. Klik pada ruang yang disediakan untuk menyatakan persetujuan.

SSPN Plus

Akhir sekali, pilih kaedah bayaran pendahuluan samada menggunakan perbankan online (akaun simpanan atau kad kredit) atau menggunakan kad debit atau kredit.

Klik pada butang "TERUSKAN" dan lengkapkan proses pembayaran sehingga selesai.

SSPN Plus

Tahniah! Proses pembukaan akaun SSPN Plus telah berjaya.

Pihak PTPTN akan menghantar e-mel penghargaan pembukaan akaun SSPN Plus dan juga e-mel penghargaan pembayaran deposit akaun SSPN Plus.

 

myPTPTN
Kongsikan