Klik pada butang "PEMBUKAAN AKAUN" di dalam laman web ini untuk ke portal pembukaan akaun secara online.
Klik pada butang "PEMBUKAAN AKAUN" di dalam laman web ini untuk ke portal pembukaan akaun secara online.
Semasa tiba di portal online, sila ambil maklum paparan ini dan klik pada butang "TUTUP" untuk memulakan proses pendaftaran akaun.
Seterusnya ialah pemilihan syarikat penyedia manfaat Takaful. Buat masa ini, hanya ada satu pilihan sahaja iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT).
Langkah Kedua ialah menetapkan jenis akaun, pendeposit dan penerima manfaat (anak). Sila pastikan nombor kad pengenalan pendeposit dan nombor kad pengenalan anak (penerima manfaat) dimasukkan dengan tepat.
Langkah Ketiga ialah memasukkan maklumat peribadi pendeposit dan penerima manfaat (anak).
Maklumat yang diperlukan ialah:Seterusnya, masukkan jumlah bayaran pendahuluan yang ingin dibuat. Bayaran minima ialah bersamaan 2 bulan bayaran komitmen bulanan pakej yang dipilih.
Langkah Keempat ialah menetapkan kaedah potongan untuk bayaran bulan-bulan berikutnya.
Tiga pilihan disediakan iaitu:Seterusnya, sila baca dan fahami aqad yang dipaparkan. Klik pada 3 kotak yang disediakan untuk menyatakan persetujuan. Setelah butang "BAYARAN" dipaparkan, klik pada butang tersebut untuk proses pembayaran.
Di paparan PTPTN Online Payment Gateway, sila pilih nama bank untuk proses pembayaran melalui perbankan online anda.
Setelah proses pembayaran berjaya, maklumat transaksi akan dipaparkan dan dimaklumkan melalui emel oleh pihak FPX. Sila simpan paparan tersebut untuk rujukan.
Sekiranya Maklumat Transaksi tidak dipaparkan, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-21933000.
Maklumat akaun juga dihantar melalui emel oleh pihak PTPTN.