Panduan Pembukaan Akaun SSPN Prime

Pendeposit dinasihatkan memahami setiap langkah yang dipaparkan dan menyediakan maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembukaan akaun SSPN Prime secara online.

myPTPTN

Layari portal myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ dan log masuk.

Setelah laman utama dipaparkan, klik pada menu "PERKHIDMATAN", kemudian klik pada butang "Simpan SSPN" dan seterusnya pada butang "Simpan SSPN Prime".

Sekiranya masih belum mendaftar akaun myPTPTN, sila rujuk panduan berikut terlebih dahulu:

Panduan Pendaftaran Akaun myPTPTN

SSPN Plus

Lihat notis yang dipaparkan dan klik pada butang "BUKA AKAUN" untuk memulakan proses pembukaan akaun SSPN Prime.

Sekiranya dipaparkan notis mengenai "PENGESAHAN IDENTITI" atau eKYC, klik pada butang "" untuk menutup notis tersebut.

SSPN Plus

Langkah pertama ialah melengkapkan maklumat PENDEPOSIT.

Pilih JENIS AKAUN iaitu samada akaun untuk DIRI SENDIRI atau untuk ANAK KANDUNG atau untuk ANAK JAGAAN SAH.

Peringatan: Akaun untuk DIRI SENDIRI tidak layak untuk pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat.

SSPN Plus

Seterusnya, masukkan nombor KAD PENGENALAN atau MyKID dan NAMA Penerima Manfaat (Anak). Semakan akan dilakukan oleh sistem untuk memastikan ketepatan maklumat yang dimasukkan.

Di ruang maklumat WARIS TERDEKAT masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

SSPN Plus

Masukkan jumlah simpanan yang ingin dilakukan. Simpanan minimum ialah RM20.

Masukkan kod 000002008 di ruang "Kod Rujukan".

SSPN Plus

Sila baca dan fahami pengakuan yang dipaparkan. Klik pada ruang yang disediakan untuk menyatakan persetujuan dan klik pada butang "SETERUSNYA" untuk ke langkah berikutnya.

SSPN Plus

Akhir sekali, pilih bank untuk pembayaran menggunakan perbankan online.

Klik pada butang "TERUSKAN" dan lengkapkan proses pembayaran sehingga selesai.

SSPN Plus

Tahniah! Proses pembukaan akaun SSPN Prime telah berjaya.

Pihak PTPTN akan menghantar e-mel penghargaan pembukaan akaun SSPN Prime dan juga e-mel penghargaan pembayaran deposit akaun SSPN Prime.

 

myPTPTN
Kongsikan