SSPN-i Plus menyediakan manfaat Takaful ke atas pendeposit yang meliputi manfaat kematian, keilatan kekal, penyakit kritikal dan elaun harian hospital. Untuk membuat tuntutan manfaat perlindungan takaful, muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Takaful. Di dalam borang tersebut pilih jenis permohonan yang ingin dituntut. Pastikan semua dokumen sokongan disediakan. Hantar Borang Permohonan Tuntutan Takaful beserta semua dokumen yang berkaitan ke mana-mana Pejabat PTPTN Negeri atau Pejabat PTPTN Cawangan.

Tempoh Menunggu Tuntutan Manfaat Takaful

Kematian Akibat Kemalangan

  • Perlindungan serta-merta (semua pakej).

Kematian Biasa (selain Pakej Berlian)

  • 12 bulan untuk keadaan sedia ada.
  • Perlindungan serta-merta (selain daripada keadaan sedia ada).

Kematian Biasa (Pakej Berlian sahaja)

  • 3 bulan.

Keilatan Kekal dan Menyeluruh (Biasa)

  • 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada.

 

 

Keilatan Kekal dan Menyeluruh (Kemalangan)

  • Perlindungan serta-merta (semua pakej).

Keilatan Kekal dan Separa (Pakej Berlian sahaja)

  • Perlindungan serta-merta.
  • Keadaan sedia ada adalah tidak dilindungi.

Penyakit Kritikal

  • 30 hari dari tarikh kuat kuasa.
  • 120 hari dari tarikh kuat kuasa (penyakit khusus).
  • Keadaan sedia ada adalah tidak dilindungi.

Elaun Harian Hospital

  • Kemalangan - Serta-merta.
  • Penyakit - 30 hari dari tarikh kuat kuasa.
  • Penyakit khusus - 120 hari dari tarikh kuat kuasa.
  • Keadaan sedia ada adalah tidak dilindungi.

 

Jom sertai! Buka akaun SSPN-i Plus sekarang demi memastikan matlamat kewangan pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah. Penerimaan setiap penyertaan dijamin (kecuali Pakej Berlian) dan pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan.