Senarai Perbezaan SSPN Prime dan SSPN Plus

Penjenamaan Semula

  • SSPN Prime: Akaun Simpan SSPN Prime dahulunya dikenali dengan nama SSPN-i.
  • SSPN Plus: Akaun Simpan SSPN Plus dahulunya dikenali dengan nama SSPN-i Plus.

Pembukaan Akaun

  • SSPN Prime: Akaun boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri atau untuk warganegara Malaysia yang lain.
  • SSPN Plus: Akaun boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri diri sendiri, anak dan anak jagaan yang sah sahaja.

Jumlah Deposit

  • SSPN Prime: Tiada sebarang syarat ditetapkan. Deposit boleh dibuat pada bila-bila masa dan dengan sebarang jumlah.
  • SSPN Plus: Jumlah deposit bulanan ditetapkan mengikut pakej yang dipilih, serendah RM30 sebulan.

Pengeluaran Deposit

  • SSPN Prime: Tiada sebarang syarat ditetapkan. Deposit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan dengan sebarang jumlah.
  • SSPN Plus: Hanya selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun selepas pengeluaran ialah sebanyak RM1,000.

 

 

Pelepasan Cukai

  • SSPN Prime: Sehingga RM8 ribu bagi simpanan bersih tahun semasa.
  • SSPN Plus: Sehingga RM8 ribu bagi simpanan bersih tahun semasa dan sehingga RM3 ribu ke atas sumbangan takaful SSPN Plus.

Perlindungan Takaful

  • SSPN Prime: Perlindungan takaful (kematian dan ilat kekal & menyeluruh sahaja) ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  • SSPN Plus: Perlindungan takaful yang komprehensif sehingga RM1.2 juta* ke atas pendeposit dengan sumbangan takaful serendah RM10 sebulan, mengikut pakej yang dipilih.

Bayaran Manfaat Takaful

  • SSPN Prime: Manfaat takaful disatukan dengan simpanan akaun SSPN Prime. Manfaat khairat kematian dibayar terus kepada waris/penama.
  • SSPN Plus: Manfaat takaful dibayar terus kepada pendeposit dan waris/penama (manfaat kematian pendeposit).

Cabutan WOW! SSPN 2023

  • SSPN Prime: Setiap RM100 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN mendapat lima (5) peluang cabutan manakala setiap RM100 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat satu (1) peluang cabutan.
  • SSPN Plus: Setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat menggunakan aplikasi myPTPTN mendapat sepuluh (10) peluang cabutan manakala setiap RM50 simpanan bersih yang dibuat melalui saluran lain mendapat dua (2) peluang cabutan.

Portal Pembukaan Akaun

Portal Penambahan Deposit

Portal Penyata Online


Buka Akaun