Perbezaan SSPN-i dan SSPN-i Plus

Pembukaan Akaun

  • SSPN-i: Akaun boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri atau untuk warganegara Malaysia yang lain.
  • SSPN-i Plus: Akaun boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri diri sendiri, anak dan anak jagaan yang sah sahaja.

Jumlah Deposit

  • SSPN-i: Tiada sebarang syarat ditetapkan. Deposit boleh dibuat pada bila-bila masa dan dengan sebarang jumlah.
  • SSPN-i Plus: Jumlah deposit bulanan ditetapkan mengikut pakej yang dipilih, serendah RM30 sebulan.

Pengeluaran Deposit

  • SSPN-i: Tiada sebarang syarat ditetapkan. Deposit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan dengan sebarang jumlah.
  • SSPN-i Plus: Hanya selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun selepas pengeluaran ialah sebanyak RM1,000.

Pelepasan Cukai

  • SSPN-i: Sehingga RM8 ribu bagi simpanan bersih tahun semasa.
  • SSPN-i Plus: Sehingga RM8 ribu bagi simpanan bersih tahun semasa dan sehingga RM3 ribu ke atas sumbangan takaful SSPN-i Plus.

Perlindungan Takaful

  • SSPN-i: Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  • SSPN-i Plus: Perlindungan takaful yang komprehensif mengikut pakej yang dipilih, sumbangan takaful serendah RM10 sebulan.

Cabutan Wow! 2019

Capaian Pembukaan Akaun

Capaian Semakan Penyata