PTPTN lancar produk baharu "Simpan SSPN Plus"

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan produk baharu pada 3hb September 2021 dikenali sebagai Simpan SSPN Plus yang menawarkan pelbagai manfaat untuk pelanggan.

Simpan SSPN Plus merupakan kesinambungan daripada produk SSPN-i Plus yang telah ditambahbaik dan berwajah baharu dengan pelbagai keistimewaan tambahan.

Infografik: 6 pakej Simpan SSPN Plus

Pendeposit kini ditawarkan lebih banyak pilihan manfaat takaful melalui kerjasama dengan Great Eastern Takaful Berhad (GETB), Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB).

Penambaikan yang dibuat termasuklah penyediaan manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta, penyakit terminal sehingga RM200,000, manfaat penghantaran balik jenazah sehingga RM10,000, rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM3,000 dan perlindungan sehingga umur 69 tahun.

Walau bagaimana pun, Simpan SSPN Plus masih mengekalkan bilangan, nama dan bayaran komitmen pakej demi memastikan masyarakat Malaysia terus menabung bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.