
Terkini: Insentif pelepasan cukai simpanan SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.
Berbeza dengan instrumen simpanan yang lain, pelepasan cukai pendapatan diberikan ke atas simpanan bersih di dalam akaun SSPN Plus dan juga ke atas sumbangan takaful SSPN Plus.
Tabungan bersih di dalam akaun SSPN Plus yang dibuka untuk anak (termasuk anak angkat dan anak jagaan yang sah) sehingga RM8,000. Tabungan bersih bermaksud jumlah simpanan dalam tahun taksiran semasa TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun taksiran semasa, sekiranya ada.
Penyata SSPN Plus untuk LHDN disediakan di dalam portal penyata online Simpan SSPN Plus.
Sekiranya Pendeposit hanya membuka akaun SSPN Prime, Penyata untuk LHDN disediakan di dalam portal penyata online Simpan SSPN Prime.
Jumlah caruman untuk Takaful SSPN Plus sehingga RM3,000. Had pelepasan ini adalah termasuk caruman Takaful dan insurans hayat polisi yang dimiliki oleh pendeposit.
Penyata sumbangan takaful untuk LHDN disediakan di dalam portal pengguna syarikat pengendali Takaful yang dipilih seperti berikut:
Great Eastern Takaful Berhad
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
Takaful Ikhlas Family Berhad