Nikmati pelepasan cukai sehingga RM11 ribu

Insentif pelepasan cukai simpanan SSPN masih dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.

SSPN Plus
Infografik: Pelepasan cukai pendapatan SSPN

Berbeza dengan instrumen simpanan yang lain, pelepasan cukai pendapatan diberikan ke atas simpanan bersih di dalam akaun SSPN Plus dan juga ke atas sumbangan takaful SSPN Plus.

Tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Tabungan bersih di dalam akaun SSPN Plus yang dibuka untuk anak (termasuk anak angkat dan anak jagaan yang sah) sehingga RM8,000. Tabungan bersih bermaksud jumlah simpanan dalam tahun taksiran semasa TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun taksiran semasa, sekiranya ada.

Penyata SSPN untuk LHDN disediakan secara online di dalam portal myPTPTN.

Insurans Hayat dan Takaful Keluarga

Jumlah caruman untuk Takaful SSPN Plus sehingga RM3,000. Had pelepasan ini adalah termasuk caruman Takaful dan insurans hayat polisi yang dimiliki oleh pendeposit.

Penyata sumbangan takaful untuk LHDN disediakan di dalam portal pengguna syarikat pengendali Takaful yang dipilih seperti berikut:

  Great Eastern Takaful Berhad
  Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  Takaful Ikhlas Family Berhad

 

SSPN Plus
Buka Akaun