Nikmati pelepasan cukai sehingga RM11 ribu

Berbeza dengan instrumen simpanan yang lain, pelepasan cukai pendapatan diberikan ke atas simpanan bersih di dalam akaun SSPN Plus dan juga ke atas sumbangan takaful SSPN Plus.

Mulai tahun 2019, jumlah pelepasan cukai ke atas simpanan bersih SSPN telah dinaikkan dari RM6,000 kepada RM8,000. Selain itu, pengiraan jumlah pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful juga telah diasingkan dari caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Infografik: Pelepasan cukai pendapatan SSPN

Tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Tabungan bersih di dalam akaun SSPN Plus yang dibuka untuk anak (termasuk anak angkat dan anak jagaan yang sah) sehingga RM8,000. Tabungan bersih bermaksud jumlah simpanan dalam tahun taksiran semasa TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun taksiran semasa, sekiranya ada.

Penyata SSPN Plus untuk LHDN disediakan di dalam portal penyata online Simpan SSPN Plus.

Insurans Hayat dan Takaful Keluarga

Jumlah caruman untuk Takaful SSPN Plus sehingga RM3,000. Had pelepasan ini adalah termasuk caruman Takaful dan insurans hayat polisi yang dimiliki oleh pendeposit.

Penyata sumbangan takaful untuk LHDN disediakan di dalam portal pengguna syarikat pengendali Takaful yang dipilih.