Berbeza dengan instrumen simpanan yang lain, pelepasan cukai pendapatan diberikan ke atas simpanan bersih di dalam akaun SSPN-i dan juga ke atas sumbangan takaful SSPN-i Plus.

Untuk tahun 2019, jumlah pelepasan cukai ke atas simpanan bersih SSPN-i telah dinaikkan dari RM6,000 kepada RM8,000. Selain itu, pengiraan jumlah pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful juga telah diasingkan dari caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Infografik: Pelepasan cukai pendapatan SSPN-i

Tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional:

  • Tabungan bersih di dalam akaun SSPN-i Plus yang dibuka untuk anak (termasuk anak angkat dan anak jagaan yang sah) sehingga RM8,000. Tabungan bersih bermaksud jumlah simpanan dalam tahun taksiran semasa TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun taksiran semasa, sekiranya ada.

Insurans Hayat dan Takaful Keluarga:

  • Jumlah caruman untuk Takaful SSPN-i Plus sehingga RM3,000. Had pelepasan ini adalah termasuk caruman Takaful dan insurans hayat polisi yang dimiliki oleh pendeposit.

 

Jom sertai! Buka akaun SSPN-i Plus sekarang demi memastikan matlamat kewangan pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah. Penerimaan setiap penyertaan dijamin (kecuali Pakej Berlian) dan pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan.