Kadar dividen kompetitif Purata kadar dividen terkini sekitar 4%, melebihi skim simpanan yang lain. Keuntungan yang diperolehi juga dikecualikan cukai
Pelepasan cukai RM11 ribu Berbeza dengan instrumen simpanan yang lain, pelepasan cukai diberikan ke atas simpanan bersih di dalam akaun SSPN sehingga RM8,000 dan juga ke atas sumbangan takaful SSPN Plus.
Tabung pendidikan RM96 ribu Nikmati unjuran simpanan terkumpul melebihi RM96 ribu dengan menyimpan secara berterusan selama 20 tahun. Kemudahan pemotongan gaji, akaun bank atau kad debit/kredit disediakan.
Pakej serendah RM1 sehari Jumlah deposit minimum bulanan adalah serendah RM30. Selain membuat simpanan, pendeposit juga dilindungi manfaat Takaful yang komprehensif.
Penyertaan seawal 1 hari Akaun SSPN Plus boleh dibuka untuk setiap anak, termasuk yang baru berumur 1 hari. Urusan pembukaan akaun boleh dibuat secara online dan tiada salinan dokumen diperlukan.
Tanpa pemeriksaan kesihatan Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun SSPN Plus. Penerimaan setiap penyertaan dijamin (kecuali Pakej Berlian)
Produk simpanan patuh syariah SSPN Plus adalah produk patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN Plus. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Pengesahan syariah diberikan oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
Simpanan dijamin oleh Kerajaan Pendeposit SSPN Plus tidak perlu bimbang dengan simpanan mereka kerana ia dijamin Kerajaan.
Manfaat Takaful sehingga RM1.2 juta Proses penyertaan ringkas untuk memiliki perlindungan Takaful sehingga RM1.2 juta. Tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, hanya jawap 3 soalan kesihatan di dalam borang permohonan.
Manfaat Takaful bagi penyakit kritikal Menyediakan manfaat Takaful sehingga RM200 ribu sekiranya disahkan mengidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang disenaraikan.
Manfaat khairat kematian Pembayaran manfaat khairat berikutan kematian pendeposit, pasangan pendeposit atau anak-anak pendeposit (sehingga kepada 5 orang anak).