Tabung pendidikan terbaik

  • Kadar dividen kompetitif
    Purata kadar dividen terkini sekitar 4%, melebihi skim simpanan yang lain. SSPN-i dijamin Kerajaan dan keuntungan yang diperolehi juga dikecualikan cukai.

  • Pelepasan cukai RM11 ribu
    Berbeza dengan instrumen simpanan yang lain, pelepasan cukai diberikan ke atas simpanan bersih di dalam akaun SSPN-i sehingga RM8,000 dan juga ke atas sumbangan takaful SSPN-i Plus.

  • Tabung pendidikan RM100 ribu
    Nikmati unjuran simpanan terkumpul melebihi RM100 ribu dengan menyimpan secara berterusan selama 20 tahun. Kemudahan pemotongan gaji, akaun bank atau kad debit/kredit disediakan.

  • Pakej serendah RM1 sehari
    Jumlah deposit minimum bulanan adalah serendah RM30. Selain membuat simpanan, pendeposit juga dilindungi manfaat Takaful yang komprehensif.

  • Penyertaan seawal 1 hari
    Akaun SSPN-i Plus boleh dibuka untuk setiap anak, termasuk yang baru berumur 1 hari. Urusan pembukaan akaun boleh dibuat secara online dan tiada salinan dokumen diperlukan.
  •  

     

  • Tanpa pemeriksaan kesihatan
    Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun SSPN-i Plus. Penerimaan setiap penyertaan dijamin (kecuali Pakej Berlian)

  • Produk simpanan patuh syariah
    SSPN-i Plus adalah produk patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Pengesahan syariah diberikan oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan
    Pendeposit SSPN-i Plus tidak perlu bimbang dengan simpanan mereka kerana ia dijamin Kerajaan.

  • Manfaat Takaful sehingga RM1 juta
    Proses penyertaan ringkas untuk memiliki perlindungan Takaful berjumlah RM1 juta. Tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, hanya jawap 3 soalan kesihatan di dalam borang permohonan.

  • Manfaat Takaful bagi penyakit kritikal
    Menyediakan manfaat Takaful sehingga RM100 ribu sekiranya disahkan mengidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang disenaraikan.

  • Manfaat khairat kematian
    Pembayaran manfaat khairat berikutan kematian pendeposit, pasangan pendeposit atau anak-anak pendeposit (terhad kepada 3 orang sahaja).
  •