Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2019 iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pemberian dividen berkenaan membabitkan anggaran peruntukan RM147.25 juta dan akan memanfaatkan 4.39 juta pendeposit PTPTN.

Infografik: Pengumuman dividen SSPN-i 2019

Senarai kadar dividen SSPN-i

  • 2019: 4.00%
  • 2018: 4.00%
  • 2017: 4.00%
  • 2016: 4.00%
  • 2015: 4.00%
  • 2014: 4.25%
  • 2013: 4.25%
  • 2012: 4.25%
  • 2011: 3.75%
  • 2010: 3.25%

 

Jom sertai! Buka akaun SSPN-i Plus sekarang demi memastikan matlamat kewangan pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah. Penerimaan setiap penyertaan dijamin (kecuali Pakej Berlian) dan pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan.