Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengekalkan kadar dividen empat peratus untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2018, walaupun suasana ekonomi negara yang mencabar dan menerima pelbagai tekanan.

Ia diumumkan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan semalam, diiringi Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, membabitkan anggaran peruntukan RM114.55 juta dan memberi manfaat kepada lebih 3.91 juta pendeposit SSPN.

Infografik: Pengumuman dividen SSPN-i 2019

Senarai kadar dividen SSPN-i

  • 2018: 4.00%
  • 2017: 4.00%
  • 2016: 4.00%
  • 2015: 4.00%
  • 2014: 4.25%
  • 2013: 4.25%
  • 2012: 4.25%
  • 2011: 3.75%
  • 2010: 3.25%

 

Jom sertai! Buka akaun SSPN-i Plus sekarang demi memastikan matlamat kewangan pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah. Penerimaan setiap penyertaan dijamin (kecuali Pakej Berlian) dan pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan.